Saturday, 4 April 2015

HARI PERTAMA DI UUM




Assalamualaikum,,,,, hari ini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku menjadi warga UUM... kepada adik-adik yang ingin memilih Universiti itu,, ha pilih lah UUM,, heheh,, apa yang aku nak ceritakan adalah apa perasaan aku bila mula aku jejak kaki di UUM... pada hari aku datang untuk daftar kat sini dengan parents aku dan bapa saudara aku,, so ssemua termasuk aku 4orang je la,, aku tinggal dekat Arau,, sewa hatel kat situ... Cerita aku bermula disini,,,

Pada hari pertama,, Kami bertolak dari Arau pada jam 7 pagi,, awal kann,, heheh tu sebab kami tak nak jem nanti.. sebelum itu,, kami berhenti makan dekat kedai berhampiran dekat situ,, makan roti canai jee sebagai alas perut,, tapi mak aku makan nasi,, hehe maklum lah orang kampung macam kitaorang kat kelantan tak kena nasi xsah,, lepas saja makan nasi .. sebelum kami gerak aku tunggu member aku untuk daftar sekali.. tu lah satu-satunya kawan aku yang dapat belajar sekali dengan aku,, dan dlu sekolah sekali nga aku,, kami pun bertolak,,, semasa atas kereta,, macam-macam perasaan yang rasa.. berdebar ada,, sedih ada,, takut ada,, xsabar pun ada,, hehhee,, itu lah.. yang sedih tu,, bila nak berpisah dengan keluarga,, maklumlah,, dari kecil lagi aku tidak pernah berengggan dengan family so perasaan itu mesti ada lah kan..

Kami mengambil masa selama 30minit untuk sampai ke UUM,, dalam perjalanan tu,, aku melihat papan tanda,, iaitu,, Universiti Pengerusan Terkemuka,, woooowww,, hehhe,, lagi la semangat,, banyak benda yang terbayang dalam fikiranku,,, maklumlah,, dari kecil lagi cikgu kata,, belajar pandai-pandai sampai ke menara gading,, akhirnya aku dah berjaya,, aku toleh kepala kebelakang,, melihat emak aku,, muka nya sedih tapi gembira,, apa yang aku dapat baca,, mungkin dia terlalu sedih untuk berpisah dengan aku dan mungkin juga sedih sebab anak dia dah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,, setelah tiba je,, aku terpegung melihat pintu gerbang yang sungguh indah dan besar,, bila masuk je ke dalam,, aku rasa macam xpercaya ini lah tempat aku untuk menuntut ilmu selama 4 tahun.. dengan keindahan yang begitu cantik,,pokok-pokok besar mengelingi jalan raya.. jalan yang lebar dengan bangunan yang indah.. aku terlihat tempat tunggu bas,, apa yang aku rasa dalam hati aku,, hebat nya,, munkin nanti kat sini lah kot aku tunggu bas untuk ke kelas,, hehehe,, macam tu lah.. bila tiba je dekat DPP.. aku dengan memakai pakaian formal berbaju kemeja,, pergi mengambil kunci bilik,, masa itu aku asyik tengok orang cina je,, mereka ramai,, biasa la dekat kelantan diorang kurang,,

Bila aku naik je ke bilik,, dan dalam bilik itu dah ada orang,, dan dia rupanya rommate aku.. setelah aku kemas kan marang,, time tu lah saat-saat sedih,, mau tak sedih berpisah dengan family,, hanya lambaian tangan je aku mampu dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembirakan mereka,,
Setelah itu,, aku naik ke bilik,, dan aku berkenalan lah dengan dia,, rupa-rupamya dia orang terengganu,, kami sembangbersama,, setelah dari itu,, aku mula kehidupan yang baru sebagai mahasiswa UUM,, sekian

No comments:

Post a Comment