Assalamualaikum,,,
hari ini aku nak kongsikan sedikit sebanyak,, petua bagi ibu bapa untuk
mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah mengikut islam
4 tahap bagaimana mendidik anak
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)
Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak
berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu
dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya
mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya,
anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa
membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.
Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang
anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2)
Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini
kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut
hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang
ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang
ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka
(lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar
untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah
tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya,
anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam
mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan
akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin
menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)
Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap
memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan
BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang
perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan
mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan
sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama
dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi
walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’
akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah
mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari
keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah
bersama keluarga.
4)
Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk
memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam
membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan
diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula
pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan
segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng
diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut
kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk
tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan
Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada
manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting
dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut
didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting
kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat
terbentuk.
Mengikut
ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup
akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya
bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan
melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya
itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa
Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik
kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen
‘Reset Minda Orang Yang Tenang’baru-baru ini,
No comments:
Post a Comment