Tuesday, 8 November 2016

Nilai Mata Wang Malaysia Jatuh

Kelembapan ekonomi negara yang semakin membinbangkan pada masa kini menyebabkan pelbagai kesan yang negetif kepada ekonomi negara. Keadaan mata wang Malaysia sehingga kini mengalami kejatuhan yang sangat membimbangkan. Hal ini jelas membuktikan negara Malaysia mengalami masalah dari segi pelbagai aspek. Keadaan hutang negara juga antara kesan yang banyak mendatangkan kesan kepada kejatuhan mata wang Malaysia

Sumber pendapatan Malaysia ialah petroleum iaitu hampir separuh pendapatan negara bergantung kepada petroleum. Oleh itu, sekiranya harga petroleum dunia jatuh ianya secara tidak langsung akan memberi kesan pertumbuhan ekoomi di Malaysia. Keadaan minyak dunia yang tidak menentu menyebabka Malaysia sukar utung mengatasi sehingga hilang punya pendapatan negara.

Pada 5tahun lepas, kadar pertukaran nilai mata wang ringgit dengan bath menunjukkan kadar pertukaran daripada Malaysia lebih tinggi berbanding dengan negara Thailand iaitu pada suatu ketika dahulu. Namun begitu, keadaan ini berbeza dengan sekarang apabila kadar pertukaran mencecah bilangan yang agak besar dan berbanding nilai mata wang bath. Terdapat beberapa contoh, kesan pertukaran nilai mata wang asing sekiranya di Malaysia adalah rendah. Hal ini menyebabkan syarikat mengalami kerugiaan apabila melibatkan eksport dan import.

Oleh itu pihak kerajaan haruslah memikirkan cara yang terbaik yang perlu di selesaikan bagi memastikan kadar mata wang Malaysia masih dalam keadaan yang terkawal dan mempunyai nilai mata wang yang tinggi sebagaimana yang telah dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohammd iaitu mengikat kadar mata wang Malaysia iaitu semasa Tun menjadi perdana menteri pada tahu 1993.

Saturday, 22 October 2016

SEHARI DI SEKOLAH HENRY GURNEY

Assalamualaikum..... malam ini aku mahu cerita pengalaman aku KLK di Melaka dan lawatan kami di sekolah Henry Gurney. Semua orang tahu tentang kewujudan sekolah itu kan? Tapi tidak semua diberi kesempatan untuk masuk dan melihat sendiri keadaannya. Tapi pada hari itu, kami diberi kelebihan untuk masuk,ceritanya bermula dari sini.
gambar bersama pegawai sekola Henry Gurney

Kami menginap di kolej maktab penjara berhampiran dengan sekolah Henry Gurney dan jaraknya lebih kurang 3 kilometer. Pada jam 7 pagi kami bertolak ke sekolah tersebut, tiba nya disitu, suatu benda baru bagi aku dan membuatkan aku teruja dan terpegun melihat sebuah sekolah yang berpagarkan  besi yang sangat tinggi dan kawalan penjagaan yang sangat ketat. Perasaan aku mula rasa takut pun ada, kami dengan beruniform Kor Siskor berbaris di hadapan pintu pagar yang sangat besar sebelum pintu dibuka.

Bila kami masuk je pintu pagar, kami dikawal oleh pegawai penjara dengan begitu ketat sekali. Semua barang perlu diserahkan iaitu termasuklah pen kertas,duit,handfon dan hanya dibenarkan masuk adalah diri baju dan seluar yang dipakai, fuhhh begitu ketatnya kawalan yang diberikan, kami di bawa masuk untuk taklimat di sebuah dewan . Pada masa tu kami diberi taklimat mengenai pelajar yang tingal dekat situ, apa yang aku boleh ceritakan serba sedikit iaitu mereka merupakan pelajar yang dibawah umur 21 tahun yang melakukan jenayah, seperti merompak,penggunaan senjata api,rogol, dan paling banyak ialah kes dadah.

Setelah itu, kami dibawa melawat ke sekolah dan penginapan pelajar. Ya Allah begitu susahnya untuk mendidik seorang itu untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan berdisiplin dan lagi satu lapiran jaring besi yang tingi memisahkan kami dengan pelajar dengan beralaskan besi kami melihat kehidupannya yang sungguh sedih, mereka tidak kenal apa itu tv, apa itu handfon , dan sebagainya. Dan apa yang menyedihkan kami, apabila melihat seorang gadis yang merupakan pelajar disitu, apa yang aku tengok dia seakan-akan termenung masa silaunya. kesian, tapi apa boleh buat, insyaallah selepas ini dia bertaubat, tapi tidak semua mereka yang bersalah itu salah, mungkin mereka terpaksa untuk meneruskan hidup mereka tspi selalunya keruntuhan keluarga yang banyak mempengaruhi semua masalah ini. Pada masa itu, aku terlihat seorang gadis yang dikawal oleh seorang waden penjara perempuan pergi memikul tong air yang besar untuk mengisi air. Aku terfikir dengan badannya yang kecil beliau terpaksa dan kelihatan sangat tertekan. Sedih aku melihat suasana disitu.Aku berharap mereka dapat berubah untuk menjadi yang lebih baik. Dan aku dimaklumkan bahawa, terdapat beberapa pelajar dapat melanjutkan pelajarannya ke menara gading dan terdapat juga pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam semua subjek.

Monday, 20 April 2015

NAMA-NAMA INDAH ANAK PEREMPUAN DALAM ISLAM

Assalamualaikum… Bulan depan insya-Allah,, maksaudara aku akan lahirkan seorang bayi perempuan,,, so aku buat research la sikit nama-nama indah mengikut islam


Aaminah    :    Dapat dipercaya; aman
Abbasah    :    Yang banyak memberengut; Singa
Abidah    :    Ahli ibadah ; Yang taat beribadah
Abir    :    Bau minyak wangi yang sedap; Orang banyak
Abiyyah    :    Menolak kehinaan; Terhindar dari hal-hal yang tak terpuji
Ablah    :    Yang besar
Adawiyah    :    Seorang wanita sufi
Adhwa’    :    (Jama’ dari Dhau’) Cahaya temaram (tidak menyengat)
Adibah    :    Beradab ; Sastrawan; Budayawati
Adilah    :    Adil; Yang sebaya
Adim    :    Roti yang dicampur lauk; Permukaan bumi
Adzbah    :    Sedap; Baik; Enak; Lezat
Adzra’    :    Perawan;  Gadis; Julukan bagi Maryam
Afaf    :    Punya harga diri
Afanin    :    Jenis perkataan yang khas; Daun yang lembut
Afifah    :    Suci ; Mulia ; Terhindar dari kehinaan ; Menjaga diri
Afiyah    :    Sehat; selamat
Afkar    :    (Jama’ dari Fikr) Pikiran
Afnan    :    Pepohonan yang berbuah; Dahan
Afra’    :    Bulan Purnama; Malam ketigabelas dari hitungan bulan
Afrah    :    (Jama’ dari Farh) Kegembiraan; Hiburan; Kesenangan
Agharid    :    (Jama’ dari Ughrudah) Kicau burung
Aghshan    :    (Jama’ dari Gushn) Dahan-dahan
Ahlam    :    (Jama’ dari Hulm) Mimpi-mimpi; Impian
A’ida    :    Yang kembali (suci)
Aidah    :    Berhari raya
Ainiyah    :    Pohon rimbun dan bersemi
Aisyah    :    Yang hidup ; Istri Nabi Saw
Akifah    :    Wanita yang beritikaf di masjid; Yang menetap
Ala’    :    Nikmat
Alawiyah    :    Tinggi ; Mulia
Alfi    :    Seribu
Alfiah    :    Ribuan ; Banyak
Alifah    :    Ramah tamah dalam bersahabat; Baik hati; Lembut
Alilah    :    Yang memakai wewangian
Alilatulbariza    :    Perempuan yang harum (namanya) dan menonjol (kepandaiannya)
Alimah    :    Cerdas ; Berilmu ; Pandai
Aliyah    :    Mulia ; Tinggi
Allamah    :    Ahli dalam suatu ilmu
Almasah    :    Batu mulia
Althaf    :    Taufik; Lembut
Alya’    :    Tempat yang tinggi; Puncak gunung; Langit
Amal    :    Harapan-harapan
Amani    :    Cita-cita; Keinginan; Harapan
Amania    :    Angan-anganku ; Keinginanku
Ambar    :    Minyak wangi
Amimah    :    Tubuh lenjang
Aminah    :    Yang berwibawa dan dapat dipercaya; Nama Ibu Rasulullah saw
Amirah    :    Pemimpin; Yang mulia; Ratu
Amjad    :    Mulia
Anan    :    Awan; cakrawala
Anaqah    :    Pemandangan yang menyejukkan
Anaqah    :    Baik dan enak dipandang
Anbar    :    Wangi-wangian
Anbarah    :    Minyak wangi
Anisah    :    Teman ; Ramah ; Baik hati; Lemah lembut; Gadis perawan
Annisa’    :    Perempuan
Anshaf    :    Adil
Anshariah    :    Pengikut kaum Anshar
Anud    :    Awan yang banyak membawa hujan
Aqilah    :    Barakal ; Pandai ; Bijak
Arabiyyah    :    Yang berdarah Arab
Arafah    :    Padang Arafah
Aribah    :    Yang berakal; Pandai; Mengetahui
Arifah    :    Yang bijak ; Mengetahui ; Yang pandai
Arih    :    Bau yang sedap
Arijah    :    Wangi ; Harum
Arikah    :    Pelaminan
Ariqah    :    Baik budi; mulia asalnya
Arwa    :    Memberi minum sampai puas
Arwa    :    Pemandangan yang menawan; Nama salah seorang bibi Nabi saw
Asahy    :    Warna-warni
Ashilah    :    Asli; Memiliki keturunan yang mulia
Ashimah    :    Yang dapat menjaga diri ; Ibukota suatu negara
Ashma’    :    Yang terlindungi; Yang terpelihara
Asiah    :    Istri Firaun, Obat
Asilah    :    Lemas dan halus; gemulai
Asilah    :    Yang mengambil madu dari tempatnya; Yang berbuat baik
Asiyah    :    Ahli pengobatan ; Tabib ; Perawat ; Istri Fir’aun
Asjad    :    Emas ; Mutiara
Asla    :    Bergerak lunak
Asma    :    (Jama’ dari Isim) Nama-nama; Putri Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.
Asmahan    :    Nama tokoh wanita
Asywaq    :    (Jama’ dari Syauq) Kerinduan; Emosi jiwa
Athifah    :    Perasaan; Rasa kasih sayang
Athirah    :    Harum
Athiyyah    :    Rezeki ; Pemberian ; Anugerah
Atikah    :    Pemurah, yang murni
Atiqah    :    Wanita cantik; Barang antik yang mahal harganya
Atsar    :    Pengaruh; Jejak
Atsilah    :    Keturunan ; Terhormat
Aunah    :    Pertolongan ; Kebaikan
Ayat    :    (Jama’ dari Ayat) Tandus; Mukjizat dan penjelasan dari Allah
Azhar    :    (Jama’ dari Zahr) Bunga-bunga


Azizah    :    Mulia ; Terhormat ; Terpandang; Perkasa

Saturday, 18 April 2015

CARA DIDIKAN ANAK MENGIKUT ISLAM

Assalamualaikum,,, hari ini aku nak kongsikan sedikit sebanyak,, petua bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah mengikut islam
 
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’baru-baru ini,

Saturday, 4 April 2015

HARI PERTAMA DI UUM




Assalamualaikum,,,,, hari ini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku menjadi warga UUM... kepada adik-adik yang ingin memilih Universiti itu,, ha pilih lah UUM,, heheh,, apa yang aku nak ceritakan adalah apa perasaan aku bila mula aku jejak kaki di UUM... pada hari aku datang untuk daftar kat sini dengan parents aku dan bapa saudara aku,, so ssemua termasuk aku 4orang je la,, aku tinggal dekat Arau,, sewa hatel kat situ... Cerita aku bermula disini,,,

Pada hari pertama,, Kami bertolak dari Arau pada jam 7 pagi,, awal kann,, heheh tu sebab kami tak nak jem nanti.. sebelum itu,, kami berhenti makan dekat kedai berhampiran dekat situ,, makan roti canai jee sebagai alas perut,, tapi mak aku makan nasi,, hehe maklum lah orang kampung macam kitaorang kat kelantan tak kena nasi xsah,, lepas saja makan nasi .. sebelum kami gerak aku tunggu member aku untuk daftar sekali.. tu lah satu-satunya kawan aku yang dapat belajar sekali dengan aku,, dan dlu sekolah sekali nga aku,, kami pun bertolak,,, semasa atas kereta,, macam-macam perasaan yang rasa.. berdebar ada,, sedih ada,, takut ada,, xsabar pun ada,, hehhee,, itu lah.. yang sedih tu,, bila nak berpisah dengan keluarga,, maklumlah,, dari kecil lagi aku tidak pernah berengggan dengan family so perasaan itu mesti ada lah kan..

Kami mengambil masa selama 30minit untuk sampai ke UUM,, dalam perjalanan tu,, aku melihat papan tanda,, iaitu,, Universiti Pengerusan Terkemuka,, woooowww,, hehhe,, lagi la semangat,, banyak benda yang terbayang dalam fikiranku,,, maklumlah,, dari kecil lagi cikgu kata,, belajar pandai-pandai sampai ke menara gading,, akhirnya aku dah berjaya,, aku toleh kepala kebelakang,, melihat emak aku,, muka nya sedih tapi gembira,, apa yang aku dapat baca,, mungkin dia terlalu sedih untuk berpisah dengan aku dan mungkin juga sedih sebab anak dia dah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,, setelah tiba je,, aku terpegung melihat pintu gerbang yang sungguh indah dan besar,, bila masuk je ke dalam,, aku rasa macam xpercaya ini lah tempat aku untuk menuntut ilmu selama 4 tahun.. dengan keindahan yang begitu cantik,,pokok-pokok besar mengelingi jalan raya.. jalan yang lebar dengan bangunan yang indah.. aku terlihat tempat tunggu bas,, apa yang aku rasa dalam hati aku,, hebat nya,, munkin nanti kat sini lah kot aku tunggu bas untuk ke kelas,, hehehe,, macam tu lah.. bila tiba je dekat DPP.. aku dengan memakai pakaian formal berbaju kemeja,, pergi mengambil kunci bilik,, masa itu aku asyik tengok orang cina je,, mereka ramai,, biasa la dekat kelantan diorang kurang,,

Bila aku naik je ke bilik,, dan dalam bilik itu dah ada orang,, dan dia rupanya rommate aku.. setelah aku kemas kan marang,, time tu lah saat-saat sedih,, mau tak sedih berpisah dengan family,, hanya lambaian tangan je aku mampu dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembirakan mereka,,
Setelah itu,, aku naik ke bilik,, dan aku berkenalan lah dengan dia,, rupa-rupamya dia orang terengganu,, kami sembangbersama,, setelah dari itu,, aku mula kehidupan yang baru sebagai mahasiswa UUM,, sekian

Thursday, 2 April 2015

RESEPI MEE REBUS BONDA KU

Assalamualaikum... hari ini aku ingin kongsikan satu resepi mee rebus yang selalu ibu aku buat untuk aku,, cara buatnya senang je tapi tidak semua tahu dia punya secret recepi heheehee.. so aku kongsikan la hari ini my bonda punya resepi Mee Rebus
Bahan-bahan
1. 2sudu besar lada hitam
2.5ulas bawang putih
3.1sudu besar garanm
Bahan-bahan diatas ni nanti kamu tumbuk sekali tau...
4. kaki ayam
5.pedal ayam or hati ayam
6. sayur lobak
7. air masak secukupnya
8.cube ayam sedikit
9. mee
10.cili potong
11.udang
cara-cara
1. panaskan periuk dan letakkan sedikit minya masak
2.masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, biakan selama 5minit,,, bagi bau wangi gitu
3.setelah itu masukkan air masak secukupnya,, tapi jangan banyak sangat la..
4. masukkan udang, kaki ayam,hati ayam,dan pedal ayam,, tunggu sehingga ia mendidih
5. setelah ianya mendidih,, masukkan mee dan lobak...
6.dan akhir sekali masukkan cili potong dan sedikit cube ayam,, untuk menambahkan lagi perisa..
itu sahaja,, senangkan.. haaa cuba la,tq

KENANGAN PROGRET KLKM UUM DI KG JERUJU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. hari ini aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman aku menghadiri program anak angkat di sebuah perkampungan di kedah... kampung yang dikelilingi oleh sawah padi,, fuhhhh sangat cantik,, time tu aku baru sem 2,, semangat aku untuk pergi memang lah kuat,, yela baru junior time tu,, kami pergi dengan menaiki bas uum dan bertolak pada hari khamis,, perkampungan tu dekat je dari kami punya kampus,, dalam sejam setengah macam tu lah,,, kt bawah.,, setelah sahaja sampai,, aku terpegung dengan keadaan sekeliling,, mau xterpegung,, time kami masuk dengan bas tu,, kami diarak oleh penduduk kampung,, laluan kat situ kan sempit,,, ramai la budak-budak yang bermain kat situ,, seolah-olah suka dengan kehadiran kami semua,,

Bila tiba je,, kami disediakan tempat di dewan terbuka time tu kami berkumpul untuk mengagihkan rumah untuk ayah dan mak angkat,, setiap rumah tu kena ada partner,, so partner aku Shahir,, kami dapat mak yang sangat sporting dan kami diajak masuk ke dalam rumah,, biasa lah mula-mula masuk memng la segan kan... tapi aku biasa kan diri aku untuk panggil mak n ayah,, hehehhe malu la plak kannn... niy aku lampirkan gambar...

tulah rumah mak anggakat kami.. time tu aku kurus je lagi hehhehe,, tapi ok laa,,, pada keesokan pagi,, kami ada program jalan-jalan ke sawah dan pasar pagi.. kat bawah aku ade lampirkan gambar.. cantikkan..
yang niy plak gambar time kami kat sawah,, cantik sangat nnti korang boleh lah pi hehe

 yang ni time kami kat pasar,, kami jalan bersama-sama mak tau pegi pasar,,, seronok



yang niy plak kita orang main congkak bersama-sama masyarakat kat situh,, sporting giler woooo







yang niy gambar kami buat rewang,, kami memasak gotong -royong sama-sama than makan pun sama-sama hehehhe sweet sangat..





da abis dah,, begitu lah serba sedikit yang boleh aku kongsikan,, terima kasih kerana sudi layan kerenah kami,,, nanti korang boleh la buat program kat sini lagi.. ingat nama kampung nya ialah kampung Jeruju,kedah,,, assalamualaikum,,,