Friday, 20 March 2015

KEMATIAN YANG DITANGISI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT



Assalamualaikum…….   pada 12.2.2015 suatu yang mengejutkan bagi kami di Kelantan.. macam tidak percaya Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan untuk selamanya.. sedih, dan perasaan yang datang semacam tak boleh difikirkan. Pada malam itu aku dengan kawan aku iaitu Juni bercadang ke wakaf Che Yeh. Namun dalam gelak ketawa kami bersama sebenarnya ada kesedihan di sebalik kegembiraan kami… Setelah mendapat tahu kematian Allahyarham Tuan guru, aku dan kawan aku segera menuju ke kediaman nya di Pulau Melaka.. Jarak rumah aku boleh dikatakan dekat dan hanya mengambil masa 30minit.. dengan menaiki motosikal menuju ke rumahnya.. dalam masa yang sama fikiran ku masih mengharapkan beliau berada dalam keadaan sihat dan khabar angin dalam facebook adalah tidak benar.. sampai sahaja di kampung kedai lalat.. aku melihat deretan kereta yang sangat ramai dan luar biasa… tapi perasaan aku tepat mengharapkan beliau masih dalam keadaan sihat… walau bagaimanapun aku merasa hiba bila mendapat tahu daripada rakan sebelah dekat lampu isyarat yang mana beliau baru sahaja menziarahi Allahyarham Tuan Guru… dengan perasaan terkejut aku menitis air mata.. apa yang aku takut adalah tidak boleh untuk ku menatap wajahnya untuk kali terakhir…  dalam masa sejam kematiannya orang yang menziarahinya melebihi 5000.. nanti aku lampirkan gambar… aku dan kawan aku cuba untuk memasuki rumah Tuan Guru.. setelah 3jam aku berebut akhirnya dapat menatap wajahnya walau 10saat.. setelah aku keluar daripada rumah nya jumlah bilangan orang tidak terkira ramainya sehingga tidak tercapai akal fikiran ku.. 

Pada 13.2.2015 hari Jumaat, aku bangun untuk sembahyang subuh di masjid belakang rumah Allahyarham… dengan menaiki motosikal bersama kawan sekali lagi pergi untuk penghormatan terakhir.. bumi Kelantan seakan tahu n sedih dengan pemergiannya.. selepas sahaja solat subuh di perkarangan rumah Allahyarham aku sekali lagi berasa pelik.. aku merasa sungguh tenang dengan bacaan surah Al fatihah tanpa henti.. deretan manusia sepanjang 5kilometer… lebih kurang la or lebih lagi.. tiba kami menunaikan solat jenazah.. time tu di iman kan oleh Tuan guru Nik AbduL Hadi Awang.. semasa jenazah disembahyangkan.. sekali lagi aku menitiskan air mata dan air mata yang aku tangisi itu adalah kali terakhir.. Allah lebih sayang kan Allahyarham.. selepas selesai solat.. aku berpaling kiri dan kanan.. terkejut melihat lebih kurang semua orang tangisi pemergian beliau.. dalam perarakan pemergian Allahyarham ke tanah perkuburan.. Bumi seakan tahu dan sedih.. dengan mata aku sendiri aku melihat nya sendiri,, awam redup walaupun masa itu adalah jam 11 pagi… sebelum aku balik aku berhenti berehat di bawah pokok.. dan datang seorang hamba Allah.. menanyakan aku tempat perkuburan.. lalu aku bertanyakan nya,, pakcik datang dari mana? Pakcik tu menjawab ia bertolak semalam sebaik saja tahu kematian Allahyarham.. Pakcik yang asal dari Johor menceritakan perjalanan balik ke Kelantan bukan keseorangan tapi ia di teman oleh ribuan manusia berarak dari pelosok negeri.. Ya Allah begitu hebatnya.. Lautan putih seakan – akan bunga yang bertaburan membanjiri kediaman Allahyarham Tuan Guru.. Itu sahaja pengalaman aku,, semoga Allahyarham Tuan Guru di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,, Al-Fatihah…



No comments:

Post a Comment