Thursday, 26 March 2015

PAHIT GENTI PERJALANAN HIDUP KU

at Dewan Mu'adzam Shah,UUM
Nama diberi Mohamad Arafat bin Ismail,, berasal dalam dari kampung Badak Bachok Kelantan.. mcm2 orang pangil kat aku,, ada panggil ropak,, ipak,, ufat,, pak,, dan banyak lagi,,, hahahah kadang2 rasa lucu gak.. pelik kan nama aku.. setiap kali aku nak kenalan dengan sesiapa,, mesti aku pening apa nak suh orang panggil aku.. apa yang aku nak sampaikan dalam blog aku niy adalah kisah hidup aku.. aku dilahirkan pada 28.6.1993.. suatu tarikh yang cukup bermakna bagi dua orang insan yang aku cintai.. sapa lagi kalau bukan abah dan ma aku.. bila aku dilahirkan,, nenek aku  menceritakan suasana nya.. time tu abah aku gaduh dengan datuk aku belah ayah,, mmaklum la gaduh anak beranak xkemana,, ha nak tahu gaduh pasai apa.. hahhaha dia orang gaduh hanya untuk letak nama aku.. time tu yaser Arafat adalah peminat setia abah aku,, tapi datuk aku ingin letak nama aku Azman,, tapi apa boleh buat,, anak dengan ayah .. so macam itu lah asal usul nama aku.,,, setelah itu,, aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. aku di sayang oleh mak aku lebih daripada yang lain,, kadang2 kak dan adik aku pun jeles dengan aku,, yela kalau gaduh apa semua mesti mak berpihak aku,, walau pun aku yang salah,, semasa aku berumur 5 tahun,, aku dihantar sekolah PASTI.. apa yang buat aku sedih,, sampai sekarang aku masih ingat,, pagi-pagi mak mandikan aku,, bagi duit 50sen upah aku gosak gigi,, siap je mandi mak aku pakaikan beda,, aku hanya buka tangan dan mak aku yang masukkan baju,, bila je siap aku pakai baju,, aku sekali lagi dihantar oleh mak aku dengan menaiki ven sekolah,, time tu kita orang pangil ayah long kepada driver ven.. ltu je yang aku dapat ingat masa aku 5tahun,,

Semasa aku berumur 6 tahun aku dihantar ke sekolah kebangsaan badak,, dekat situ ada pra sekolah.,,, hah kat situ lah aku sekolah,, time tu aku ingat ingat lagi kawan sekolah aku Hanif dan Farid Haikal.. tu la kawan aku.. nama cikgu aku kt sekolah time tu nama Azizah dan sorang lagi xingat hehhe,, aku diajar membaca , menulis, dan macam2 lagi,, tapi time tu aku nakal sikit,, maklum lah budak2 lagi kan.. setelah balik je skolah,, aku dihantar mengaji Al-Quran di rumah guru mengaji kat kampung aku,, nama nya Mok Ngoh,, dari situ lah aku diajar alif ba ta sampai la aku pandai mengaji.. time tu mak aku xbagi aku keluar rumah melainkan pergi mengaji dan pergi sekolah,, maklumlah anak kesayangan kan,, hahahh.. Setelah naik darjah 1 aku mula berkawan ramai,, time tu perempuan yang duk sebelah aku iaitu Zulfazlina binti Ismail.. kan tgok,, siap dengan nama ayah dia aku ingat,, tu pun sebab nama ayah dia sama dengan ayah aku hehehe,, time tu la aku mula berkawan,, kawan pertama aku yang rapat dengan aku iaitu Zubir,, orang nya baik panjang gitu,, anak ustaz tinggal belakang rumah aku,, ayah dia jadi ustaz kat tahfiz belakang rumah aku,, dlu la sekarang tahfiz tu pun dah tutup... boleh kata setiap hari aku pergi rumah dia,, maklum la baru dapat kawan baik dan baru kenal kampung,, Sampai satu hari,, aku pergi rumah nya untuk bermain,, hari itu hari jumaat,, aku ingat lagi,, bila aku pergi je rumah dia,, mak dia tutup pintu,, aku yang nak berkawan masuk lam bawah rumah dia ,, tiba2 aku dengar mak dia marah selalu main,, dan suh belajar,, aku segera balik,, dan sejak dari hari itu,, aku tidak lagi pergi rumahnya,,

lepas tu aku jalan kehidupan macam biasa,, dan tidak lagi kuar umah,, dan pada suatu hari aku dikenalkan dengan seorang kawan aku,, dia tua setahun daripada aku,, nama dia Abdullah,, aku panggil doloh,, sejak dari hari itu dia lah pelengkap hidup aku sampai lah aku dewasa,, kami sangat baik,, semua benda kami bermasa,, tidak pernah berenggan n itu lah satu2 abang dan kawan aku.. time tu dia ada basikal dia la selalu pergi ambil aku dekat rumah,, pergi jalan2 pusing kampung hehhee,,, pada suatu hari ,, kami dipukul oleh ayah dia,, sebab kami kuar jalan tapi balik lewat dan xsempat sembahyang zohor,,aku gaduh dengan dia xlama,, bila gaduh je ,, nanti salah sorang akan mintak maaf,, boleh dikatakan semua hal aku dia tahu dan semua hal dia aku tahu,, kami kongsikan semua,, aku ingat semua tu,, bukan sekejap perkenalan aku dengan nya,, dia lah sahabat aku,, sampai bila pun aku tidak akan lupa.. baik nya kami berdua sampaikan baju raya pun kami beli sama,, xterkata lah baiknya,, 

semasa aku darjah 4 ,, aku tamat mengaji al quran,, time tu aku adik aku yang darjah 2 pun da tamat mengaji al Quran,, kak aku masa tu darjah 6.. mak dan ayah aku buat majlis katam al quran untuk tiga2 orang anak dia serentak.. Alhamdullillah... perkara pertama kami gembirakan mereka,, hari tu mak sembelih kambing,, aku duk tengah2 bulatan dikelilingkan oleh tok guru ngaji,, time tu nenek aku hias aku dengan pakai macam yaser Arafat pakai,, Alhamdullillah,, semua yang mak dan ayah ingin kan kami berikan.. 

masuk je darjah 6,, aku duk kelas kedua daripada 4 kelas,, nama kelas aku ialah kelas 6 rajin.... guru kelas aku ialah Puan Rogayah,, hah,, garang orangnya,, tapi dia baik,, usatazah aku tu,, apa yang buat mak aku risau,,aku xberapa pandai.. mak cakap,, ma nak abg lulus dan ada sijil spm je,, aku pegang kata2 mak aku tu,, masa aku darjah 6 kawan sekelas aku yang duk tepi aku nama dia Amir Fikridin,, tu lah kawan baik aku,, aku selalu fail matematik,, tapi selepas pertengahan tahun,, kami tukar cikgu,, nama cikgu baru tu ialah cikgu Azizan,, fuhhh garang betol.. bukan sebab garang tu aku pandai tap sebab dia baik sangat dengan aku,, dia selalu bagi semangat dekat aku supaya aku belajar bersungguh dan percaya aku boleh,, dengan membekalkan semangat yang ada.. dari E hingga lah aku dapat A dan satu2 nya subjek yang aku dapat A,, time tu agak sedih lah,, kawan-kawan aku smua dapat tinggl.. kawan sebelah aku pun dapat 4A 1B.. time tu aku aku sedih giler,, sebab tidak dapat mengembirakan mak dan ayah aku...itu saja dan akan aku sambung pada next blog

Wednesday, 25 March 2015

BIODATA

NAME : MOHAMAD ARAFAAT BIN ISMAIL

MATRIC NUMBER : 228050


EMAIL : ipakaft93@gmail.com


NO . TEL : 010 - 3991834


ADDRESS : KAMPUNG BADAK , 16310 BACHOK 
 KELANTAN.

HOBBIES : PLAYING FOOTBALL


STUDY AT : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MOTTO :“Eat Failure, and you will                     know the taste of success.”



That was the name given, i'm from a small family. My life goal is to become an educated and knowledgeable. Want to change the views of people in the village, which is still conservative. The principle of life is nothing impossible in life.

Sunday, 22 March 2015

Cinta Dan Air mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera... kali niy aku nk cite kisah percintaan member aku.. Perkenalan aku dengannya bermula dari sekolah rendah.. apa yang boleh aku bezakan dengan nya ialah umur... Dia berumur lebih tua setahun dari aku.. perwatakannya sungguh baik.. senyuman selalu diungkapkan olehnya.. niy aku nk cite serba sedikit tentang diri nya.. nama izwan merupakan anak guru besar di sekolah aku.. rumah nya jarak 500meter dari rumah aku.. merupakan seorang yang periang.. kami berkenalan tidak begitu rapat namun setiap pertemuan aku dengan nya pasti ada suka riang bila sembang dengan nya.. pada aku suka tentang nya ialah seorang yang mesra alam.. semua orang dia tegur tidak kira siapa kita..

Setelah tamat persekolahan di sekolah rendah.. kami putus hubungan disebabkan dia boleh menyambung pelajarannya di sekolah berasrama penuh.. sejak dari itu aku jarang bertemu muka dengan nya.. aku xthu apa yang dah jadi pada nya.. Namun pada suatu hari, hari jumaat aku tersempat dengan nya selepas sembahyang jumaat.. kami bebual mesra dengan nya.. pada hari itu,, dia banyak menceritakan dia dengan kekasihnya.. dalam cerita nya.. dia memberitahu aku yang dia terlalu cinta pada seoarang perempuan.. Namun perkenalan itu bukan nya suatu yang mengembirakannya.. time tu aku tertanya- tanya.. kenapa dan apa sebab dia bercakap sedemikian.. aku terus dengar dan ceritanya yang bagi aku apa sebenarnya motif dia menceritakan tentang itu semua.. Perkenalan nya dengan perempuan itu sejak dari form 1 sehinggalah sekarang form 5... apa yang aku fikir itu sekadar cinta moyek yang xboleh bawa ke mana... setelah aku balik rumah aku cuba untuk mengetahui berita selanjutnya tentang nya.. aku menanyakan member aku yang sekolah sekali dengan nya tentang perempuan tu.. perempuan tu sebenarnya sangat baik.. apa yang aku pelik.. dia cuba untuk jauhkan diri daripada perempuan itu..

Setelah lama kami tidak berjumpa.. dalam perjalanan balik daripada kelas tambahan,, time tu aku form 5.. aku sekali lagi berjumpa dengan nya setelah lama aku xjumpa.. perkenalan aku masa itu seakan - akan pelik.. dia menagis meminta maaf kalau dia ada buat salah pada aku.. namun aku tnya mengapa dia sedemikian.. tapi dia tidak terjawab.. seminggu kemudian aku pulang dari sekolah.. semasa aku balik dari sekolah.. aku  mendapat berita buruk tentangnya.. mak aku bagi tahu yang dia telah meninggal dunia.. Ya Allah tidak terkata dengan kata-kata.. adakah pertemuan aku dengan nya adalah kali terakhir.. aku mendapattahu mengidap penyakit Leukimia.. rupa-rupanya Allah lagi menyayanginya.. sekarang aku faham mengapa dia mahu tinggalkan awek dia... begitu hebatnya pengorbanannya.. Setelah seminggu kematian arwah.. aku membaca tulisan blognya.. rupa-rupanya sebelum dia menutup mata.. dia menceritakan semua perasaannya dengan perempuan itu,, dalam blog nya,, dia cuba larikan dirinya daripada perempuan itu bagi dia tak nak membuat orang yang dia sayang merasa sedih dan hiba.. aku petik kata-kata dalam tulisan blognya,, awak nnti kalau saya xde lg saya nk awk jd orang baik2 jga mak ayah, jga diri yang penting jgn lupa solat, umur sy munkin da xpanjang untuk kejut awak solat subuh lg... dan terima kasih kerana bagi saya merasai apa itu erti cinta walau ianya tidak lama.. salam

Friday, 20 March 2015

KEMATIAN YANG DITANGISI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT



Assalamualaikum…….   pada 12.2.2015 suatu yang mengejutkan bagi kami di Kelantan.. macam tidak percaya Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan untuk selamanya.. sedih, dan perasaan yang datang semacam tak boleh difikirkan. Pada malam itu aku dengan kawan aku iaitu Juni bercadang ke wakaf Che Yeh. Namun dalam gelak ketawa kami bersama sebenarnya ada kesedihan di sebalik kegembiraan kami… Setelah mendapat tahu kematian Allahyarham Tuan guru, aku dan kawan aku segera menuju ke kediaman nya di Pulau Melaka.. Jarak rumah aku boleh dikatakan dekat dan hanya mengambil masa 30minit.. dengan menaiki motosikal menuju ke rumahnya.. dalam masa yang sama fikiran ku masih mengharapkan beliau berada dalam keadaan sihat dan khabar angin dalam facebook adalah tidak benar.. sampai sahaja di kampung kedai lalat.. aku melihat deretan kereta yang sangat ramai dan luar biasa… tapi perasaan aku tepat mengharapkan beliau masih dalam keadaan sihat… walau bagaimanapun aku merasa hiba bila mendapat tahu daripada rakan sebelah dekat lampu isyarat yang mana beliau baru sahaja menziarahi Allahyarham Tuan Guru… dengan perasaan terkejut aku menitis air mata.. apa yang aku takut adalah tidak boleh untuk ku menatap wajahnya untuk kali terakhir…  dalam masa sejam kematiannya orang yang menziarahinya melebihi 5000.. nanti aku lampirkan gambar… aku dan kawan aku cuba untuk memasuki rumah Tuan Guru.. setelah 3jam aku berebut akhirnya dapat menatap wajahnya walau 10saat.. setelah aku keluar daripada rumah nya jumlah bilangan orang tidak terkira ramainya sehingga tidak tercapai akal fikiran ku.. 

Pada 13.2.2015 hari Jumaat, aku bangun untuk sembahyang subuh di masjid belakang rumah Allahyarham… dengan menaiki motosikal bersama kawan sekali lagi pergi untuk penghormatan terakhir.. bumi Kelantan seakan tahu n sedih dengan pemergiannya.. selepas sahaja solat subuh di perkarangan rumah Allahyarham aku sekali lagi berasa pelik.. aku merasa sungguh tenang dengan bacaan surah Al fatihah tanpa henti.. deretan manusia sepanjang 5kilometer… lebih kurang la or lebih lagi.. tiba kami menunaikan solat jenazah.. time tu di iman kan oleh Tuan guru Nik AbduL Hadi Awang.. semasa jenazah disembahyangkan.. sekali lagi aku menitiskan air mata dan air mata yang aku tangisi itu adalah kali terakhir.. Allah lebih sayang kan Allahyarham.. selepas selesai solat.. aku berpaling kiri dan kanan.. terkejut melihat lebih kurang semua orang tangisi pemergian beliau.. dalam perarakan pemergian Allahyarham ke tanah perkuburan.. Bumi seakan tahu dan sedih.. dengan mata aku sendiri aku melihat nya sendiri,, awam redup walaupun masa itu adalah jam 11 pagi… sebelum aku balik aku berhenti berehat di bawah pokok.. dan datang seorang hamba Allah.. menanyakan aku tempat perkuburan.. lalu aku bertanyakan nya,, pakcik datang dari mana? Pakcik tu menjawab ia bertolak semalam sebaik saja tahu kematian Allahyarham.. Pakcik yang asal dari Johor menceritakan perjalanan balik ke Kelantan bukan keseorangan tapi ia di teman oleh ribuan manusia berarak dari pelosok negeri.. Ya Allah begitu hebatnya.. Lautan putih seakan – akan bunga yang bertaburan membanjiri kediaman Allahyarham Tuan Guru.. Itu sahaja pengalaman aku,, semoga Allahyarham Tuan Guru di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,, Al-Fatihah…