Saturday, 22 October 2016

SEHARI DI SEKOLAH HENRY GURNEY

Assalamualaikum..... malam ini aku mahu cerita pengalaman aku KLK di Melaka dan lawatan kami di sekolah Henry Gurney. Semua orang tahu tentang kewujudan sekolah itu kan? Tapi tidak semua diberi kesempatan untuk masuk dan melihat sendiri keadaannya. Tapi pada hari itu, kami diberi kelebihan untuk masuk,ceritanya bermula dari sini.
gambar bersama pegawai sekola Henry Gurney

Kami menginap di kolej maktab penjara berhampiran dengan sekolah Henry Gurney dan jaraknya lebih kurang 3 kilometer. Pada jam 7 pagi kami bertolak ke sekolah tersebut, tiba nya disitu, suatu benda baru bagi aku dan membuatkan aku teruja dan terpegun melihat sebuah sekolah yang berpagarkan  besi yang sangat tinggi dan kawalan penjagaan yang sangat ketat. Perasaan aku mula rasa takut pun ada, kami dengan beruniform Kor Siskor berbaris di hadapan pintu pagar yang sangat besar sebelum pintu dibuka.

Bila kami masuk je pintu pagar, kami dikawal oleh pegawai penjara dengan begitu ketat sekali. Semua barang perlu diserahkan iaitu termasuklah pen kertas,duit,handfon dan hanya dibenarkan masuk adalah diri baju dan seluar yang dipakai, fuhhh begitu ketatnya kawalan yang diberikan, kami di bawa masuk untuk taklimat di sebuah dewan . Pada masa tu kami diberi taklimat mengenai pelajar yang tingal dekat situ, apa yang aku boleh ceritakan serba sedikit iaitu mereka merupakan pelajar yang dibawah umur 21 tahun yang melakukan jenayah, seperti merompak,penggunaan senjata api,rogol, dan paling banyak ialah kes dadah.

Setelah itu, kami dibawa melawat ke sekolah dan penginapan pelajar. Ya Allah begitu susahnya untuk mendidik seorang itu untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan berdisiplin dan lagi satu lapiran jaring besi yang tingi memisahkan kami dengan pelajar dengan beralaskan besi kami melihat kehidupannya yang sungguh sedih, mereka tidak kenal apa itu tv, apa itu handfon , dan sebagainya. Dan apa yang menyedihkan kami, apabila melihat seorang gadis yang merupakan pelajar disitu, apa yang aku tengok dia seakan-akan termenung masa silaunya. kesian, tapi apa boleh buat, insyaallah selepas ini dia bertaubat, tapi tidak semua mereka yang bersalah itu salah, mungkin mereka terpaksa untuk meneruskan hidup mereka tspi selalunya keruntuhan keluarga yang banyak mempengaruhi semua masalah ini. Pada masa itu, aku terlihat seorang gadis yang dikawal oleh seorang waden penjara perempuan pergi memikul tong air yang besar untuk mengisi air. Aku terfikir dengan badannya yang kecil beliau terpaksa dan kelihatan sangat tertekan. Sedih aku melihat suasana disitu.Aku berharap mereka dapat berubah untuk menjadi yang lebih baik. Dan aku dimaklumkan bahawa, terdapat beberapa pelajar dapat melanjutkan pelajarannya ke menara gading dan terdapat juga pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam semua subjek.